Ferdinand Foch
Ferdinand Foch

Ferdinand Foch

Perang Dunia PertamaMarsyal Ferdinand Foch (Sebutan bahasa Perancis: [fɔʃ]), (2 Oktober 1851 – 20 Mac 1929) adalah seorang askar Perancis, pakar teori tentera dan merupakan Généralissime Tentera Bersekutu yang termasyhur semasa Perang Dunia Pertama.Semasa tercetusnya perang pada bulan Ogos 1914, Kor XX Foch mengambil bahagian secara singkat dalam pencerobohan Jerman sebelum berundur untuk menghadapi serangan balas Jerman dan berjaya menyekat pihak Jerman di Nancy. Diberi arahan ke barat untuk mempertahankan Paris, maruah Foch melonjak akibat daripada kemenangan di Marne, yang mana beliau telah disanjung sebagai protagonis utama sewaktu memerintah Tentera Darat Kesembilan Perancis. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat lagi iaitu memerintah Kumpulan Tentera Darat Utara, di mana peranan beliau dikehendaki untuk bekerjasama dengan tentera British di Ypres dan Somme. Pada akhir tahun 1916, sebahagiannya disebabkan oleh kegagalan atau kebuntuan daripada serangan ini dan sebahagiannya disebabkan oleh persaingan politik masa perang, Foch telah dipecat dari jawatan.[1]Di panggil semula sebagai Ketua Turus Am pada tahun 1917, Foch akhirnya dilantik "Pemerintah Tertinggi (Généralissime) Angkatan Tentera Bersekutu" pada musim bunga tahun 1918. Beliau telah memainkan peranan yang penting dalam menghentikan kemaraan Jerman yang diperbaharui di Paris dalam Pertempuran Marne Kedua, selepas itu beliau telah dinaikkan pangkat ke Marsyal Perancis. Addington berkata, "sebahagian besar strategi pihak Bersekutu akhirnya memenangi peperangan di atas tanah di Eropah Barat pada tahun 1918 adalah semata-mata kerana Foch."[2]Pada 11 November 1918 Foch menerima permintaan Jerman untuk gencatan senjata. Foch menyokong syarat-syarat perdamaian yang akan membuat Jerman tidak dapat menimbulkan ancaman ke atas Perancis lagi. Selepas Perjanjian Versailles - ditandatangani pada 28 Jun 1919, tepat lima tahun selepas pembunuhan Archduke Franz Ferdinand-Foch mengisytiharkan, oleh kerana Perancis tidak dibenarkan untuk menjajah Rhineland atau menduduki kawasan itu untuk tempoh tiga puluh tahun, "Ini bukan damai. Ia adalah satu gencatan senjata selama dua puluh tahun". Kata-kata beliau membuktikan ramalan tepat: Perang Dunia Kedua bermula dua puluh tahun dan 64 hari kemudian.[3]

Ferdinand Foch

Rujukan

WikiPedia: Ferdinand Foch http://www.firstworldwar.com/bio/foch.htm http://www.firstworldwar.com/features/foch.htm http://books.google.com/books?id=4Nkz3yfLYt0C&pg=P... http://books.google.com/books?id=TmBN9fBcuO8C&pg=P... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://www.academie-fran%C3%A7aise.fr/immortels/ba... http://www.culture.gouv.fr/public/mistral/leonore_... http://www.hautefort-notre-patrimoine.fr/cities/72... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=...